UCAPAN ISTIMEWA PENGURUS PASUKAN PEDATAR FC - KHAIRUL ANWAR BIN AHMAD NADZER


ROMPIN, 3 OGOS 2016 - Dalam pertemuan sebentar tadi selepas majlis Jamuan Hari Raya di ruang lobi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin, sempat kami (KREW MEDIA) menanyakan soalan pada Tuan Khairul Anwar selaku pengurus Pasukan PEDATAR FC akan kesediaan pasukan PEDATAR FC.

Menurut beliau, ahli-ahli pasukan kini berada dalam yang baik dan cergas, malah bersemangat untuk mengalahkan pasukan lawan pada esok (4 Ogos 2016). Disamping menjalani pelbagai latihan fizikal yang ketat dan berdisplin, ahli pasukan juga dilatih dari segi emosi bagaimana untuk bertindak ketika berhadapan dengan pasukan lawan.

'Saya doakan pasukan PEDATAR FC berjaya memenangi perlawan esok. Bermainlah dengan penuh beretika dan semoga kita terus melangkah ke FINAL nanti' kata Tuan Pengurus PEDATAR FC.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »