SESI LATIHAN BOLA BERSAMA TUAN PEGAWAI DAERAH ROMPIN

 
ROMPIN, 3 Ogos 2016 - Pada baru-baru ini, Pasukan PEDATAR FC menerima kehadiran Tuan Pegawai Daerah Rompin, Tuan Mohd Zulkifli Bin Hashim merangkap Pengerusi Persatuan Bola Sepak Daerah Rompin (PBDR) yang juga turut serta turun padang berlatih bermain bola sepak. Bertindak selaku penjaga gol, Tuan Pegawai Daerah berusaha keras menolak segala sepakan bola pemain PEDATAR FC dari memboloskan jaringan gol.

Tuan Pegawai Daerah sendiri mengakui pasukan PEDATAR FC amat berbakat dan mempunyai skill bermain yang amat baik. Beliau yakin dengan kemampuan pasukan PEDATAR dan mendoakan agar pasukan PEDATAR FC memenangi perlawanan bola sepak pada petang ini (4 Ogos 2016) dan diharap terus menjadi juara liga diantara jabatan-jabatan daerah Rompin.

Berikut beberapa foto ketika sesi latihan dijalankan bersama Tuan Pegawai Daerah Rompin bersama Pasukan PEDATAR FC.




























Disediakan oleh:
KREW MEDIA PEDATAR FC

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »